Thursday, April 17, 2008

Martial Arts = Crime Prevention?

There was a programme on national TV a few weeks ago that featured a junior martial arts tournament. I watch with dismay as some parents were interviewed and they mentioned how they feel confident to “let go” of their children now that their children can protect themselves. It was even more alarming when some of the kids interviewed were confident that they can kick their way out of trouble should someone try to attack or abduct them.

As someone who have been participating actively in the martial arts and fitness field since the 1970s and an instructor in several of them, the attitude shown by these parents and their children are precisely what I’m afraid of when people take up the martial arts with the purpose of self defence. Many people think that all you need is to learn the martial arts then you will be able to kick and punch your way out of a crime situation. But it is not as simple as that and several previous cases support my contention.

Around 2 years ago, for example, there was the case of a young girl found raped and murdered in the field close to the hotel where she worked. Apparently she took a short cut across the dark field the previous night on her way to work. Her father, in a press interview, stated that her daughter must have been attacked by several people because she had studied a martial art in school, attaining red belt (just 1 rank below black belt), and could have fought her way out of trouble if her attacker was alone. In this context, this incident raises several issues.

Firstly, any good crime prevention advocate can tell you that the number one enemy to crime prevention is being complacent e.g. it cannot happen to me because I’m trained in the martial arts, or I don’t bother other people etc. Could it be that her confidence in her previous martial art training made the girl overlook other safety and prevention aspects, confident that she could fight her way out of trouble? In other words, she became complacent. Might it not be the same attitude that the parents and their children mentioned above?

Secondly, as in the case mentioned above, we cannot guarantee that we will be attacked by one person. No matter how well trained we are in the martial arts, it is very, very difficult to fight more than one attacker out there in the real world. It is hard enough to fight off 1 attacker, especially if it’s a surprise attack!

Thirdly, in relation to the above, the degree of difficulty may be greatly increased if our attacker or attackers are high on drugs which may make their bodies “immune” to punches and strikes.

Fourthly, you have to be really, really good to be able to use the martial arts effectively in a fight. For example, in most martial arts training, early on you are taught stances, forms and techniques which are actually dangerous if applied in a real fight. So if you learn a martial art for only a few months and then quit thinking that you know enough to defend yourself, or even if you achieve black belt status in secondary school and then quit training after that, you might be in for an unpleasant surprise.

Fifthly, in relation to the above, you need to be fit and strong for your techniques to be effective in taking out your attacker. This is especially so if you use “tournament-related” techniques. I have a friend who was a national athlete in silat olahraga relating his street fighting experience, where he delivered a perfectly good tournament-style sidekick to one of his assailants who sprawled to the ground, but much to his surprise got up and continue the fight. So if we think our 9-12 year olds can generate enough power to punch and kick their way out of trouble against an adult attacker, please think again. If they can, can they generate enough power to kick and punch to take out several attackers? If they can, can they generate enough power to kick and punch to take out attackers high on drugs?

I will strongly advise anybody to learn the martial arts, because it offers good health and fitness benefits. But for self defence and crime prevention, it must be seen in the context of a holistic prevention “strategy” which includes having the correct attitude, making yourself a harder target and minimising the opportunity for crime to be committed. Your martial art skill is only one part of this strategy and should really be your LAST LINE of defence in case all other preventive efforts have failed.

Therefore I urged all parents to inculcate the correct attitude in ourselves and our children so we don’t fall into the over-confidence trap of complacency with the so-called martial arts skills. Prevention is definitely still much better than “cure”.

For those of us whom are not inclined towards a lifetime of practicing the martial arts, the best alternative may be to seek training in self defence skills per se. Yes, there is a difference between martial arts and self defence skills. You may not get to wear a black belt or win trophies in tournaments but at least it can give you a chance of running away from the “kill zone” safely. And that should be your main purpose: to get away from danger, not to beat up your attacker(s).

Tuesday, April 1, 2008

Aikido Yang Saya Ketahui (Malay Article)

Anda mungkin mengenali seni beladiri aikido jika anda seorang peminat filem-filem aksi lakonan Steven Seagal. Atau pernah melihat demonstrasi samada “live” atau dikaca TV dimana penagamal-pengamal nya memakai “skirt hitam” termasuk yang lelaki. Atau tanpa disedari anda mungkin pernah melihat aikido di kaca TV melalui iklan-iklan pencegahan jenayah dimana seorang wanita mengunci atau menghumban seorang peragut.

Selain sejenis seni beladiri yang amat berkesan, pengamalan aikido juga akan memberi kesan positif terhadap kecergasan dan kesihatan amnya dengan ciri-ciri nya yang unik.

Senaman Pemanas Badan

Selain daripada senaman regangan, kebanyakan seni beladiri menggunakan senaman-senaman persediaan membina kekuatan otot berkonsepkan muscle breakdown and rebuilt seperti pelbagai variasi tekan tubi (push ups), squats, star jumps dan seumpamanya. Senaman-senaman dengan konsep ini semakin sukar dilakukan dengan peningkatan usia kerana keupayaan badan untuk rebuilt selepas breakdown semakin berkurangan dengan usia. Kalau dipaksa juga mungkin badan akan mengalami kecederaan kerana otot yang belum sempat di rebuilt sepenuhnya telah di breakdown semula. Dengan sebab ini lah mungkin daya tarikan untuk mengamalkan seni beladiri sebagai sistem senaman sehingga usia lanjut tidak berapa menarik.

Sebaliknya senaman-senaman persiapan dalam aikido adalah berbentuk pemanas badan dan regangan sahaja. Tidak ada senaman-senaman berkonsepkan muscle breakdown and rebuilt diamalkan. Dengan ini para pengamal boleh terus melakukan latihan aikido sepenuhnya sampai usia lanjut. Menurut rakan-rakan yang pernah pergi ke pusat latihan sedunia aikido aikikai di Jepun adalah menjadi perkara biasa melihat ramai pengamal-pengamal berusia 50, 60 malah 70an masih mampu sama-sama giat berlatih dan berpeluh di dalam gelanggang, bukan setakat jadi “penasihat kehormat” di tepi atau pentadbir di dalam bilik mesyuarat sahaja.

Latihan Berpasangan

Salah satu kaedah peningkatan kecergasan dan kekuatan semulajadi melalui latihan aikido ialah dalam latihan berpasangan. Daripada hari pertama lagi boleh dikatakan lebih 90% masa latihan dalam aikido adalah dilakukan secara berpasangan, berlatih melakukan teknik terus keatas pasangan secara bergilir-gilir. Tidak ada konsep latihan in-the-air seperti bunga, form atau kata dalam aikido (melainkan dalam sesetengah aliran dalam latihan mengguna senjata).

Melalui latihan berpasangan ini dari awal lagi pelatih akan mengalami dan merasai terus bagaimana mengatasi resistance seterusnya mengawal badan pasangan. Dengan sendiri nya latihan seperti ini akan membina kekuatan dan kecergasan badan secara perlahan tetapi mampan (gradually but surely) tanpa melakukan senaman-senaman muscle breakdown and rebuilt tadi. Oleh kerana tidak melibatkan muscle breakdown jadi tidak perlu sangat kepada keupayaan muscle rebuilt, maka latihan aikido sesuai sebagai sistem kecergasan yang boleh dilakukan berterusan sehingga usia tua.

Sistem Latihan Pengimbang Koordinasi

Walaupun ianya mempunyai aplikasi khusus untuk beladiri, salah satu aspek latihan aikido yang unik untuk pengimbangan koordinasi ialah latihan diulang untuk kedua-dua belah badan. Contohnya satu serangan akan dilakukan dengan tangan kanan, dan selepas itu serangan yang sama diulangi tetapi dengan tangan kiri. Dari segi beladiri ini bermakna pengamal aikido dilatih untuk respons kepada serangan dari mana-mana belah tangan atau kaki lawan, dan ini amat jarang di dapati dalam seni beladiri lain.

Dari segi kecergasan ianya memastikan koordinasi pergerakan badan sebelah kanan dan kiri sama-sama diberi latihan. Manusia biasanya mempunyai “a strong side” misalnya kebanyakan manusia lebih fasih mengguna tangan kanan, dan biasanya hanya “strong side” ini sahaja yang diberi latihan terus eg latihan teknik hanya dari tumbukan tangan atau tendangan kaki kanan sahaja. Kalau tidak di awasi, kefasihan “strong side” akan jauh lebih baik dari “weak side”. Dari segi kecergasan ini meberi kesan tidak keseimbangan koordinasi diantara “strong side” dan “weak side” kita. Tetapi dengan latihan unik aikido ini koordinasi pergerakan dari kedua-dua “strong side” dan “weak side” dapat diseimbangi jadi pengamal aikido tidak kekok membuat pergerakan dari mana-mana arah. Keseluruhan koordinasi badan di bentuk secara lengkap dan seimbang.

Latihan Groundwork (Ukemi)

Kebanyakan teknik-teknik aikido berakhir degan pasangan tertiarap di lantai atau berguling untuk menyelamatkan diri dan sebenarnya kaedah ini juga meningkatkan kecergasan para pelatih secara tidak disedari.

Untuk bangun dari tertiarap di lantai dan berdiri semula sebenarnya merupakan satu bentuk senaman yang tidak ketara tetapi kesan dapat dirasakan bila sudah berulang-ulang kali di buat. Untuk berdiri semula semua anggota dari kaki hingga ke tangan diberi kesan latihan bebanan, berbeza dengan senamrobik dimana kesan latihan bebanan hanya tertumpu kebanyakan nya di bahagian kaki walhal bahagian atas badan (upper body) hanya melakukan pergerakan in-the-air tanpa bebanan.

Dalam satu sesi latihan selama 1 jam mungkin pelatih kena bangunan semula lebih 30-50 kali. Bayangkan berapa banyak kesan senaman yang dilalui, semua nya berlaku secara sendiri, perlahan tetapi mampan. Dan kalau latihan dilakukan dengan kadar yang agak laju, ini akan memberi kesan aerobik kepada pelatih.

Selain dari itu, latihan berguling (rolling) juga memberi kesan kecergasan yang baik dari beberapa segi, yang sukar di dapati dalam seni-seni beladiri yang mengamalkan kedudukan berdiri sahaja.

Pertamanya, untuk berguling dengan sempurna memerlukan peranan dari otot-otot bahagian pertengahan badan dan perut, terutama berguling ke belakang (backward roll). Dalam jangka masa panjang amalan berguling akan memberi kesan perut yang kempis dan rata tanpa perlu kepada senaman duduk tubi (sit ups) yang berkonsepkan breakdown-and-rebuilt.
.
Keduanya, amalan berguling boleh bertindak sebagai satu bentuk mengurut badan (body massage) dan menjadi badan lebih relaks tetapi lasak. Bagi yang sudah biasa, aksi “ngeri” sepeti melayang diudara sebelum terhempas ke bumi sebenarnya sesuatu yang membantu meregang dan merelaks kan badan.

Ketiganya, amalan berguling mengalirkan darah ke bahagian otak yang jarang di dapati dalam kehidupan seharian (kecuali bagi orang Islam ketika sujud dalam solat). Jika diamalkan secara mampan, selain dari menyegarkan otak dengan pengaliran darah yang baik, dalam keadaan harian kaedah ini mengurangkan rasa pening-pening jika kita berdiri terlalu cepat apabila sudah lama duduk.

Regangan Sendi dan Otot Sokongan

Sistem senaman biasa seperti latihan bebanan memberi tumpuan kepada otot-otot besar kerana “nampak cantik” tanpa banyak memberi kesan kepada sendi dan otot sokongan, maka timbul ketidakseimbangan dimana otot besar menjadi kuat tetapi conditioning sendi dan otot sokongan tidak setimpal. Ketidakseimbangan ini boleh menyebabkan kecederaan. Kalau kita lihat pun sekarang lebih ramai orang, termasuk atlit atau ahli sukan, yang sakit-sakit sendi terutama sendi siku dan lutut.

Banyak teknik-teknik asas aikido melibatkan kuncian yang menumpu kepada sendi-sendi tangan seperti pergelangan, siku dan bahu. Jika dilakukan dengan tertib, kuncian-kuncian ini sebenarnya memberi kesan regangan dan conditioning kepada sendi-sendi dan otot-otot sokongan kecil yang jarang “diberi perhatian” dalam sistem senaman biasa.

Perkara ini sebenarnya diakui sendiri oleh mendiang pengasas aikido, Morihei Ueshiba didalam beberapa penulisan beliau. Pengamal aikido dalam jangkamasa panjang akan mempunyai sendi dan otot sokongan yang kuat dan anjal walaupun otot besar tidak menonjol.

Untuk bahagian kaki pula, keunikan latihan shikko (berjalan sambil berlutut) dan suwari waza (melakukan teknik dalam keadaan shikko) memberi keanjalan bahagian bawah badan (lower body) seperti sendi pinggang, lutut, buku lali dan jari-jari kaki yang jarang di dapati dengan bergerak dalam keadaan berdiri sahaja.

Sebenarnya budaya duduk diatas lantai orang-orang Asia adalah satu kaedah yang berkesan untuk mengekalkan keanjalan dan mobiliti sendi-sendi kaki, kerana duduk diatas lantai membuat sendi-sendi kaki digerak dan dilipat melalui full range of motion, terutama sendi lutut, jika dibandingkan dengan duduk di atas kerusi dimana lipatan sendi lutut hanya pada tahap 90o sahaja. Kalau dilihat orang-orang tua dahulu, jarang diantara mereka yang mengalami sakit-sakit sendi kerana kehidupan mereka melibatkan sendi-sendi digerakkan melalui full range of motion walaupun otot-otot utama mereka tidak “berketol”. Penyakit sendi adalah penyakit orang moden yang mengamal gaya hidup yang tidak menggerakkan sendi sepenuhnya.

Bergerak Dari Powerhouse

Semua pakar-pakar senaman dan kecergasan akan bersetuju bahawa “powerhouse” manusia adalah pada bahagian tengah (midsection) iaitu perut, pinggang, belakang dan pinggul. Dalam sistem senaman pilates ia nya dinamakan “the core”. Umumnya seni-seni beladiri juga mengguna konsep “powerhouse” ini untuk menjana kekuatan, bukan setakat otot-otot besar sahaja.

Semasa penulis menghadiri satu kursus lanjutan jurulatih senamrobik, satu sesi telah di tumpu kepada pergerakan-pergerakan kickboxing. Jurulatih pakar berkenaan menasihatkan kami agar “mengetatkan perut” kerana dari situ memudahkan pergerakan pantas kickboxing dilakukan mengikut tempo musik aerobik yang rancak. Jika tidak imbangan badan akan cepat hilang.

Dalam konteks ini, latihan shikko dan suwari waza dalam aikido yang disebutkan diatas tadi amatlah berkesan untuk membentuk “powerhouse” ini kerana dalam keadaan duduk untuk dapat bergerak dengan lancar memang terpaksa fokus kepada kawasan “powerhouse”. Dengan itu pengamal akan dapat mengekalkan kecergasan bergerak sehingga lanjut usia.

Beladiri Mengalah

Selain daripada kesan-kesan senaman yang di huraikan diatas, aikido juga adalah satu sistem beladiri yang bereksan dan boleh diamalkan sehingga lanjut usia, terutama aikido aliran aikkai.

Berkonsepkan “mengalah”, pengamal aikido tidak akan berlaga tenaga dengan penyerang kerana jika berlaga tenaga sudah pasti orang-orang tua atau yang tidak kuat akan kalah. Tetapi aikido mengambil sikap mengalah dengan ertikata mengikut sahaja aliran tenaga penyerang kemudian mengguna aliran tenaga itu kembali untuk membela diri. Makin kuat aliran tenaga lawan sebenarnya makin bahaya kesan dari teknik-teknik aikido.

Oleh kerana tidak mahu berlaga atau beradu tenaga, aikido adalah beladiri yang boleh diamalkan oleh golongan wanita, yang berbadan kurang sasa atau pun golongan lanjut usia (jika ianya dilatih secara serius). Secara tidak langsung kecergasan juga akan dapat dikekalkan secara berterusan.

Rumusan

Aikido ialah satu seni beladiri yang boleh diamalkan tidak kira peringkat usia, dan selari dengan itu ianya juga boleh dijadikan sistem senaman untuk mengekalkan kecergasan dan mobiliti secara berterusan. Bagi anda yang masih mencari-cari sistem kecergasan yang sesuai untuk anda, mungkin aikido jawapan bagi anda, terutama jika anda juga mencari kaedah beladiri yang sesuai dalam era penuh keganasan ini.